fbpx

Cuaca cerah hampir seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan cuaca baik dan cerah hampir di seluruh negara pagi ini.

Ia susulan, tiada amaran ribut petir dan hujan lebat dikeluarkan MetMalaysia di Semenanjung.

Bagaimanapun, MetMalaysia mengeluarkan amaran membabitkan Sarawak namun dijangka berterusan sehingga pukul 9 pagi tadi.

“Ia membabitkan kawasan di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong dan Bintulu.

“Amaran tersebut dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI