PETALING JAYA – Seorang wanita tidak menyangka perkongsiannya berhubung gelagat lucu jiran-jiran yang dirakam ‘camera doorbell’ (kamera loceng pintu) dipasang di hadapan rumahnya tular dan mendapat pelbagai reaksi orang ramai.
Menurut hantaran di aplikasi TikTok oleh @Menimenime, dia pada mulanya hanya sekadar ingin berkongsi rakaman reaksi penghuni sekitar yang seolah-olah teruja dengan gajet terbaharu itu.
“Tak sangka video ini viral (tular). Motif nak tunjuk semua comel (beri reaksi) kalau nampak kamera,” katanya.
Menjengah ruangan komen, rata-rata orang ramai merasakan reaksi penduduk pangsapuri berikut sangat menghiburkan.
“Kamera ini sangat menarik, tak nak pergi sekolah lah,” komen @Sha.
“Kalau kau depan rumah akak ini dik, mesti setiap hari tengok ada sahaja gaya yang baru sebab kami pantang tengok CCTV (televisyen litar tertutup),” komen @Syafiqah.
“Untung jiran dia, tak payah pasang CCTV dah,” balas @KyraMali. – KOSMO! ONLINE