fbpx

Batu karang terbesar boleh dilihat dari angkasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail batu karang Pavona Clavus. - Foto SIBC

HONIARA, Kepulauan Solomon – Satu organisma laut yang besar memiliki lebar lebih 30 meter menarik perhatian pakar-pakar marin susulan penemuannya di Lautan Pasifik berhampiran Malaulalo, Kepulauan Solomon, lapor portal berita Daily Record. 

Namun, organisma itu bukannya ikan atau mamalia laut tetapi sejenis batu karang dikenali sebagai Pavona Clavus.

Batu karang adalah ‘sepupu’ jauh kepada obor-obor dan anemon laut tetapi ia dikelilingi cangkerang keras dan membentuk koloni yang mendap di dasar laut.

Pavona Clavus itu mencipta rekod baharu dengan lebar 34 meter, 32 meter panjang dan kira-kira 5.5 meter tinggi. Ia mengatasi batu karang terbesar sebelum ini dari rantau Samoa Amerika. 

Batu karang Pavona Clavus itu sangat besar sehinggakan menurut majalah National Geographic, ia boleh dilihat dari angkasa.

Penemuan itu berlaku secara kebetulan oleh jurukamera Manu San Felix semasa menyelam dalam misi  untuk mendokumentasikan kapal karam.

Ketika menyaksikan batu karang raksasa itu, dia berkata: “Sungguh menakjubkan melihat sesuatu yang begitu besar dan begitu tua (kira-kira 300 tahun).” – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI