fbpx

Bas ekspres dalam perjalanan ke bengkel terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menjalankan kerja pemadaman bas ekspres yang terbakar berhampiran Plaza Tol Kubang Semang, pagi tadi.

 

SEBERANG PERAI – Sebuah bas ekspres dalam perjalanan ke bengkel terbakar di Kilometer (KM) 7.9 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) sebelum Plaza Tol Kubang Semang (BKE) di Bukit Mertajam di sini pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pulau Pinang, Mohamad Shoki Hamzah berkata, pasukannya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira pukul 11.44 pagi.

“Bas ekpress jenis Nissan itu dalam perjalanan dari Kulim menuju ke sebuah bengkel di Butterworth bagi tujuan pembaikan. Kebakaran di bahagian enjin bas kira-kira 10 peratus dan tiada penumpang ketika kejadian.

“Kebakaran dapat dikawal kira-kira pukul 12.22 tengah hari kita serahkan lokasi kepada pihak Bahagian Penyiasatan Kebakaran (FIO) untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI