fbpx

‘Badang’ Mesir tarik kereta api pakai gigi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kabonga menarik gerabak kereta api seberat 279 tan pada jarak sejauh 10 meter di Kaherah, Mesir. - Deseret News

KAHERAH – Seorang ahli gusti Mesir menempa nama dalam Guinness World Records kerana menarik kereta api seberat 279 tan dengan hanya menggunakan gigi dan bahunya, lapor portal berita Africanews semalam. 

Ashraf Kabonga menarik kepala kereta api tersebut bersama sebilangan gerabak pada jarak sejauh 10 meter.

Dia melakukan percubaan itu di Stesen Kereta Api  Ramses, ibu negara Mesir, Kaherah. 

Pencapaian Ashraf mengatasi rekod dunia sebelumnya iaitu seberat 19 tan. Dia turut  mencipta rekod ketiga dalam masa cuma dua hari. 

“Hari ini (semalam) saya menarik gerabak kereta api dengan gigi dan bahu. 

“Semalam (kelmarin) saya memecahkan rekod dunia dengan menarik kereta seberat dua tan pada jarak 107 meter dalam masa 37 saat tanpa berhenti,” kata Ashraf. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI