fbpx

Anita Yusof berjaya tawan Antartika

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANITA ketika berada di González Videla, Antartika baru-baru ini.

TANJUNG MALIM – Umur lanjut tidak menjadi penghalang pengembara solo wanita negara, Anita Yusof, 57, menjejakkan kaki ke Antartika dalam misi jelajah dunia peribadinya iaitu Global Dream Ride 2.

Beliau yang memulakan ekspedisi solo bermotosikal mengelilingi duni berada di benua paling selatan itu selama 17 hari pada 15 hingga 31 Januari lalu.

Katanya, cabaran paling getir yang dilaluinya ialah merentasi salah satu laluan laut paling berbahaya di dunia iaitu Drake Passage.

“Saya menaiki kapal layar sepanjang 50 meter menuju ke Antartika. Berbeza dengan kapal persiaran besar yang lebih stabil perjalanan menggunakan kapal layar memberi kesan besar terhadap keadaannya terutama ketika perairan itu bergelora.

“Semasa dalam perjalanan, kapal saya terperangkap dalam siklon. Ia sangat menakutkan. Kapal terhuyung-hayang tanpa belas kasihan sehingga mengalami mabuk laut yang teruk sehingga membawa kepada tekanan perasaan,” katanya di sini hari ini.

Ombak di Drake Passage terkenal sebagai ombak yang paling ganas di dunia dengan ketinggian ombak mencecah sehingga 13 meter kerana merupakan titik pertemuan tiga laut iaitu Lautan Atlantik, Lautan Pasifik dan Lautan Selatan.

Katanya yang merupakan seorang alumni Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), misi itu memakan masa hampir enam hari dengan 75 peratus situasi laut bergelora.

“Moga menjadi inspirasi kepada golongan wanita dan rakyat negara agar tidak takut mengejar impian walaupun kelihatan mustahil,” katanya.

Beliau yang sebelum ini diiktiraf sebagai Duta Global GIVI terkenal dengan keberaniannya mengembara pelbagai pelusuk dunia secara solo dengan majoritinya menggunakan motosikal. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI