fbpx

 Anak Shuib profesional, berguru dengan Ajai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dekta kini tekun menuntut ilmu daripada Ajai bagi memantapkan kualiti vokalnya.

ADA tiga bulan lagi untuk persediaan konsert By Ajai & Mega Friends di Singapura, namun awal-awal lagi komposer Ajai sudah melatih anak arwah Siti Sarah, Thalita atau Dekta.

Video dikongsikan di laman sosial yang menunjukkan kanak-kanak berusia 12 tahun itu berlatih vokal di dalam studio meraih pujian ramai.

Rata-rata mengakui meremang bulu roma ketika Dekta melontarkan suara pada rangkap terawal lagu Kesetiaan dendangan ibunya yang juga ciptaan Ajai itu.

Bahkan ada yang berpendapat tone vokal anak kedua daripada empat bersaudara itu saling tak tumpah seperti ibunya selepas berguru secara profesional.

Diva pun tumpang sekaki tengok video tersebut yang sememangnya menyerlahkan keupayaan sebenar Dekta dalam menggunakan teknik yang betul.

Bukanlah bermakna datuknya, Raisudin Hamzah dan bapanya, Shuib tidak bagus mengajar, cuma lebih lancar apabila dengan mereka yang lebih arif.

Tengok video latihan mereka ni lagi buat Diva teruja nak turun ke The Star Theatre in Singapore 10 Mei depan.

DIVA: Tular kisah bekas bintang filem dewasa asal Jepun,  Kae Asakura yang sudah memeluk Islam singgah ke Masjid Sendayan, Negeri Sembilan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI