fbpx

4 nelayan seludup kokain RM575 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Lila Lola yang membawa lebih 1,000 kilogram kokain. - Foto NCA/PA Wire

LONDON – Empat penyeludup dadah menyamar sebagai nelayan dalam percubaan membawa masuk kokain bernilai £100 juta (RM575 juta) ke Britain, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Keempat-empat penjenayah itu ditangkap pada 13 September tahun lalu, manakala seorang daripada mereka sedang tidur di atas kerusi di dalam bot ketika serbuan dilakukan.

Michael Kelly, 45, dari Portway, Manchester, dan Jake Marchant, 27, tidak beralamat tetap, mengaku bersalah menyeludup dadah berat semasa perbicaraan di Mahkamah Truro Crown pada Oktober tahun lalu.

Dua lagi lelaki iaitu Jon Williams, 46, dan Patrick Godfrey, 31, dengan kedua-dua mereka berasal dari Swansea, disabitkan dengan pertuduhan serupa.

Mereka dibicarakan di mahkamah sama.

Mahkamah akan menjatuhkan hukuman pada Mei ini.

Agensi Jenayah Kebangsaan (NCA) yang menyiasat kes itu berkata, sebanyak 1,076 kilogram kokain ketulenan tinggi ditemui di dalam bot nelayan berkenaan, Lila Lola.

Kapal Pasukan Pengawal Sempadan, HMC Valiant sedang meronda di luar pantai utara Cornwall dan mengerahkan bot lebih kecil untuk memintas Lila Lola pada hari serbuan dibuat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI