fbpx

Warga emas ditemui maut dengan kesan kecederaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SUBANG JAYA – Seorang lelaki warga emas berusia lingkungan 70-an ditemui maut dengan kesan kecederaan di kepala, telinga dan belakang badan di kawasan Kampung Baru Puchong, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu pada pukul 3.04 petang daripada seorang wanita tempatan.

“Hasil siasatan awal oleh pihak forensik mendapati terdapat kecederaan pada bahagian kepala, telinga dan bahagian belakang badan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ujarnya, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Menurut Wan Azlan, kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara maksimum 40 tahun serta sekurang-kurangnya 12 sebatan jika sabit kesalahan.

“Pihak polis sedang giat mengesan suspek dan menyeru mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini untuk tampil membantu siasatan,” katanya.

Wan Azlan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Ray Erindra Raj A/L Raja Kumaran di talian 019-6616640 atau mana-mana balai polis berdekatan.

“Segala identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI