fbpx

[VIDEO] Rider tidak menang tangan hantar barang raya sampai malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rider sibuk menguruskan penghantaran barangan bagi memastikan ‘parcel’ sampai sebelum Aidilfitri.

PETALING JAYA – Musim perayaan bukan sahaja meriah dengan persiapan raya, tetapi menjadi tempoh paling sibuk bagi para rider yang bertungkus-lumus menghantar barangan pelanggan sehingga ke malam.

Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @Ijalogistic.official, kelihatan barisan rider sibuk menguruskan penghantaran barangan bagi memastikan pesanan pelanggan tiba sebelum Aidilfitri.

Ungkapan “Your parcel is out for delivery” turut menjadi kata-kata semangat kepada pelanggan yang menantikan barangan mereka dihantar.

Dalam ruangan komen, ramai netizen mengucapkan terima kasih kepada rider yang berusaha memastikan pesanan sampai sebelum raya, walaupun terpaksa berhadapan dengan jumlah penghantaran yang tinggi.

“Terima kasih sangat-sangat. Setakat ini beli barang sampai rumah dengan jayanya,” kata @Liyayccykoc.

“Kesiannya elok-elok la membawa motor itu risau tengok banyak sangat penghantarannya,” kata @Ceiyraloss.

“Saya terima seadanya abang rider hantar bila pun ‘parcel’ saya, tapi kena sampailah juga sebelum hari raya,” kata @Noranisahbintimdr.

Dalam membuat persiapan Aidilfitri, sering kali kita terlupa bahawa ada insan lain yang bekerja keras untuk memastikan segala pesanan raya tiba tepat pada waktunya. – KOSMO! ONLINE

@frdxzntzy Penangan Rayaa 2025 – Harap Bersabar Bagi Semua Cust Yaa 👍#jntexpress #jhr302 #courier #jntexpressmalaysia ♬ original sound – MUGICHAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI