fbpx

Risda sasar hidupkan 100,000 hektar ladang getah terbiar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ARAU – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) menyasarkan untuk menghidupkan semula sekurang-kurangnya 100,000 hektar ladang getah terbiar di seluruh negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata langkah itu diambil bagi memajukan semula sektor perladangan getah dan meningkatkan pendapatan penoreh sekali gus meningkatkan pengeluaran lateks tempatan.

“Kebergantungan kepada import lateks yang kini mencecah RM6 bilion setahun perlu dikurangkan demi memastikan kelestarian sektor ini,” katanya pada majlis Santunan Kasih Ramadan di Universiti Teknologi Mara Kampus Arau di sini, hari ini.

Menurutnya, pekebun kecil menyumbang lebih 80 peratus daripada keseluruhan pengeluaran getah negara, namun mereka masih berdepan cabaran untuk meningkatkan produktiviti.

“Faktor seperti kekurangan tenaga kerja dan ketidakstabilan harga pasaran menjadi penyebab utama ladang getah dibiarkan terbiar.

“Justeru, kerajaan bersama Risda telah merangka strategi khusus termasuk pemberian insentif, bantuan modal serta kajian bagi memperkenalkan teknologi moden dalam penanaman dan pemprosesan getah,” ujarnya.

Selain itu, kerajaan turut menggalakkan industri hiliran dengan memanfaatkan kayu getah dalam sektor pembuatan perabot yang berpotensi menjana pendapatan sekitar RM9 bilion setahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI