fbpx

Ramai pergi Jalan TAR hanya cuci mata, tapi beli ‘online’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara komen orang ramai mengenai artikel terbitan Kosmo! hari ini bertajuk “Lima hari berniaga langsung tak ‘pecah telur’”. - GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Ramai pengunjung mengakui mereka hadir ke bazar Aidilfitri Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) hanya sekadar ‘cuci mata’ sementara menunggu waktu berbuka atau bagi meluangkan masa selepas solat tarawih.

Rata-rata pengunjung bazar Jalan TAR berpendapat mereka lebih memilih membeli pakaian serta kelengkapan Hari Raya Aidilfitri secara dalam talian disebabkan harga ditawarkan jauh lebih murah berbanding di kedai.

“Orang sekarang seronok cuci mata je pergi Jalan TAR, tapi beli ‘online’ (secara dalam talian). Turun bazar sebab nak rasa jenis kain, senang nak buat pilihan bila nak beli ‘online’. Ada masa dapat diskaun dari TikTok atau Shoppe lebih RM20, memang untung,” kata Nursyuhada.

Nursyuhada berkata demikian di ruangan komen sebagai respons kepada artikel terbitan Kosmo! bertajuk “Lima hari berniaga langsung tak ‘pecah telur’”.

Kosmo! hari ini melaporkan para peniaga di Jalan TAR kecewa dengan susun atur khemah secara ‘back to back’ yang ditetapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sehingga didakwa mendatangkan kerugian buat mereka.

Dakwa mereka, susun atur itu menyu­karkan pelanggan untuk pergi ke gerai-gerai, sekali gus sukar meraih keuntungan walaupun sudah memasuki minggu kedua Ramadan.

Menurut pengguna, Zulkarnain Hassan, jualan secara off line (fizikal) sudah tidak menjadi pilihan pembeli terutama yang tinggal di kawasan ibu negara disebabkan laluan untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi lain sangat sesak.

“Bukan sebab susun atur punca utama, sekarang ini off line market (jualan secara fizikal) yang macam bazar-bazar ini bukan lagi pilihan.

“Online market (jualan secara dalam talian) adalah saingan yang banyak memihak kepada pelanggan daripada segi pilihan, harga, masa dan keselesaan berbelanja,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengunjung bazar Jalan TAR, Tan Sin Cos berkata, kebanyakan pengunjung yang hadir sekadar memenuhi masa terluang selain mendakwa harga ditawarkan para perniaga agak mahal.

“Pergi bazar cuci mata sambil tunggu waktu berbuka je sekarang. Harga (ditawarkan peniaga) lagi mahal dari dalam premis (pusat beli belah). Berniaga tepi tepi jalan pun harga sama naik macam dalam pusat beli belah,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI