fbpx

Proton Exora bawa 4 remaja PATI Rohingya terbabas tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat remaja Rohingya yang ditahan selepas sebuah MPV terbabas di bahu jalan di Jambatan Ular menghala simpang tiga Neting, Tumpat semalam. FOTO IHSAN PGA

TUMPAT – Cubaan seorang tekong darat untuk menyeludup empat remaja pendatang asing tanpa izin (PATI) etnik Rohingya gagal selepas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandunya terbabas di bahu jalan di Jambatan Ular menghala simpang tiga Neting di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.35 malam itu, pemandu MPV jenis Proton Exora sempat melarikan diri dengan meninggalkan empat PATI berkenaan di dalam kenderaan tersebut.

Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA), Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, sebuah MPV disyaki dipandu dalam keadaan mencurigakan semasa anggota PGA menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.

Menurutnya, pemandu kenderaan itu bertindak melarikan diri selepas MPV tersebut terbabas di bahu jalan.

“Pemeriksaan di dalam MPV berkenaan menjumpai empat lelaki etnik Rohingya dari Myanmar yang berusia 12 hingga 16 tahun.

“Siasatan lanjut mendapati, kesemua remaja itu dipercayai diseludup ke negara ini melalui laluan haram,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, keempat-empat PATI itu dibawa ke Balai Polis Pengkalan Kubor di sini dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI