fbpx

Orang lain sakit kepala, orang lain pula dapat balik awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Perkongsian seorang bapa yang berdepan masalah komunikasi dengan guru sekolah anaknya mencuri perhatian netizen.

Melalui perkongsian di Threads, kejadian berlaku apabila lelaki itu dihubungi oleh guru sekolah yang memaklumkan anaknya bernama Iman mengalami sakit kepala.

Lelaki itu kemudian menjemput anaknya di sekolah. Tidak lama kemudian, dia terkejut apabila dimaklumkan guru tersebut tersilap menghubungi waris berikutan terdapat tiga murid bernama Iman di dalam kelas terbabit.

“Simpan sini sebagai kenangan. Muka ceria saja tidak nampak macam tak sihat, rupa-rupanya salah Iman,” tulis hantaran itu.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata pengguna terhibur dengan perkongsian itu yang dikatakan kerap berlaku kerana ramai murid mempunyai nama sama.

“Saya pun pernah kena anak nama Humaira, ada tiga Humaira. Tak pasal-pasal anak saya balik awal hari tu,” kata Nisa.

“Sebagai cikgu, memang keliru. Tahun ini mengajar tingkatan 5 ada tiga ‘Adam’. Jadi, seorang yang nama Muhammad Adam memang panggil Adam, yang lain panggil nama belakang,” kongsi Puan Dida.

“Sabar sajalah, macam saya pula ustazah mesej bagitahu anak muntah-muntah. Bila saya datang, tengok sihat saja. Kawan-kawan yang bagitahu orang lain yang muntah-muntah, ustazah silap emak,” kata Has.

“Dalam kelas saya dulu ada tiga nama sama, Ashikin,” kata Hazrie. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI