fbpx

MSU Ihya’ Ramadan tampil dengan 5 kluster utama, 354 aktiviti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MSU menganjurkan Majlis Pelancaran Sambutan Program Ihya’ Ramadan 2025 di Dewan Canselor di kampus induk MSU, Shah Alam pada 3 Mac lalu.

PETALING JAYA – Management and Science University (MSU) meneruskan tradisi menyemarakkan bulan Ramadan dengan menganjurkan Majlis Pelancaran Sambutan Program Ihya’ Ramadan 2025 di Dewan Canselor, kampus induk MSU pada 3 Mac lalu.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Presiden dan Pengasas MSU, Profesor Tan Sri Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid, dan turut dihadiri Naib Canselor MSU, Profesor Puan Sri Dr. Junainah Abd. Hamid serta barisan kepimpinan universiti.

MSU dalam kenyataan berkata, sambutan ini mendapat sokongan padu dengan kehadiran lebih 2,500 warga universiti, termasuk pelajar dan kakitangan.

Bertemakan ‘Satu Hari, Satu Kebaikan’ (One Day One Kindness – 1D1K), program ini bertujuan memupuk semangat prihatin terhadap golongan kurang bernasib baik dengan menekankan konsep ‘Memberi dan Bersyukur’ melalui pendekatan lestari, bagi memberikan impak menyeluruh kepada komuniti.

“Sebanyak 354 aktiviti telah dirancangkan sepanjang program Ihya’ Ramadan MSU 2025 dimana ianya dilaksanakan melalui kerjasama di antara JabatanPembangunan Pelajar & Kerjaya (SCD), bersama dengan fakulti dan jabatan di MSU dan Kolej MSU.

“Secara keseluruhannya, aktiviti-aktiviti ini telah dikategorikan kepada lima kluster iaitu Ramadan Care, Ramadan Share, Ramadan Vibe, Ramadan Connect dan Ramadan Recharge,” kata MSU.

Dalam kenyataan sama, MSU memaklumkan aktiviti utama yang dijadualkan termasuk iftar harian melibat lebih 1,000 orang, pengagihan Zakat Yayasan MSU, bazar Ramadan, tarawih, dan qiamullail. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI