fbpx

Hilang tiga hari, lelaki ditemui maut dalam kebun sawit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MAYAT seorang lelaki yang ditemui maut tergantung di dalam kebun kelapa sawit di Machap di Simpang Renggam, Kluang semalam.

KLUANG – Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selama tiga hari ditemui maut dengan lehernya terjerut tali dan tergantung dalam sebuah kebun kelapa sawit di Machap di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, penemuan mayat lelaki berusia sekitar 20 tahun itu dilaporkan kepada pihaknya pada pukul 4.10 petang semalam.

Katanya, pihaknya dimaklumkan bahawa lelaki berkenaan telah keluar dari rumahnya kira-kira pukul 3 petang pada 10 Mac lalu.

“Hasil siasatan di lokasi penemuan mayat itu tidak terdapat unsur-unsur jenayah berlaku dan kematian di klasifikasi sebagai Mati Mengejut (SDR).

“Pengesahan kematian telah dilakukan oleh Penolong Pegawai Perubatan di Klinik Kesihatan Simpang Renggam,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Bahrin lagi, mayat kemudiannya dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat, manakala siasatan berhubung kematian lelaki berkenaan masih diteruskan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI