fbpx

Empat lelaki dicekup bungkus air ketum dalam kandang lembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 855 bungkus air ketum dirampas dalam serbuan di sebuah kandang lembu di Kampung Pangkal Mempelam, Machang semalam. - Foto IHSAN POLIS

MACHANG – Kegiatan empat lelaki yang menjadikan kandang lembu sebagai lokasi rahsia untuk membungkus air ketum bernilai RM26,640 terbongkar selepas mereka dicekup dalam serbuan di Kampung Pangkal Mempelam di sini semalam.

Dalam serbuan pada pukul 6.30 pagi itu, empat lelaki terbabit yang berusia 24 hingga 54 tahun ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan.

Ketua Polis Daerah Machang, Superintendan Ahmad Shafiki Hussin berkata, pemerhatian pihaknya mendapati keempat-empat suspek berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan kandang lembu itu.

Menurutnya, polis menjumpai 630 bungkus air ketum di dalam dua peti ais dan 255 bungkusan lagi dalam tong plastik.

“Pemeriksaan di kandang itu turut menemui dua botol plastik mengandungi cecair kodein. Nilai keseluruhan rampasan sebanyak RM26,640.

“Siasatan lanjut mendapati, air ketum itu akan dijual di sekitar Machang, Kuala Krai, Pasir Puteh dan Tanah Merah,” katanya ketika dihubungi pemberita hari ini.

Ahmad Shafiki memberitahu, pelanggan juga dipercayai ada yang datang secara terus untuk membeli air ketum di kandang lembu tersebut. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI