fbpx

‘Drama’ enam minit kejar kereta dipandu mat gian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis menahan individu yang memandu di bawah pengaruh dadah di Ulu Tiram, semalam cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis.

JOHOR BAHRU – Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan mengambil masa enam minit sahaja bagi memintas dan menahan kereta dipandu ‘mat gian’ di Ulu Tiram, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian mengejar kenderaan dinaiki dua individu itu bermula ketika pasukan MPV sedang melakukan rondaan pencegahan jenayah di kawasan Jalan Tebrau, di sini.

Beliau berkata, unit MPV terbabit telah mengesan sebuah kenderaan jenis Toyota Altis berwarna putih yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada pukul 4.17 petang.

Katanya, arahan untuk berhenti telah diberikan kepada pemandu kenderaan berkenaan, namun suspek bertindak agresif memacu kenderaan dengan laju dan cuba melarikan diri.

“Pemandu kenderaan tersebut bukan sahaja enggan berhenti, malah turut memandu secara berbahaya dan melulu dengan melakukan pergerakan zig-zag serta meletakkan nyawa pengguna jalan raya dalam risiko.

“Anggota MPV segera bertindak mengejar kenderaan tersebut dan selepas enam minit, pasukan berjaya memintasnya di susur masuk ke pekan Ulu Tiram berhampiran Balai Polis Ulu Tiram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata, polis mengejar kereta itu sejauh 12 kilometer bermula dari Jalan Tebrau sehingga Pekan Ulu Tiram, melalui jalan Bandar Cemerlang dan jalan Bandar Tiram.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu dinaiki seorang lelaki berusia 41 tahun dan seorang wanita berusia 33 tahun, kedua-duanya warga tempatan. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI