fbpx

Denda RM2,000 buang sampah pukal dalam tong awam di Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Penduduk setempat yang membuang sampah pukal di dalam tong-tong sampah awam menjelang tempoh persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri boleh dikenakan denda sebanyak RM2,000.

Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, tapak pelupusan sampah pukal di seluruh negeri beroperasi 24 jam sepanjang bulan Ramadan bagi memudahkan proses pembungan sampah dengan lebih teratur.

Menurutnya, pendekatan itu secara tidak langsung boleh mengurangkan masalah kebersihan dan lambakan sampah di kawasan tong-tong sampah awam.

Hilmi (dua dari kanan) mengiringi Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam, Azi Rahimee Mohamed (dua dari kiri) semasa menyampaikan sumbangan pada Program CSR Isuzu Iftar Ramadan di Tec United Auto Sdn. Bhd., Kota Bharu semalam. – Foto oleh ROSLIZA MOHAMED / KOSMO!

“Meskipun tapak pelupusan dibuka 24 jam, orang ramai disarankan untuk membuang sampah pukal pada waktu siang bagi mengelak sebarang kesulitan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Isuzu Iftar Ramadan di Tec United Auto Sdn. Bhd. di Jalan Sultan Ibrahim di sini malam tadi.

Hilmi memberitahu, kerajaan negeri juga mengenakan bayaran sebanyak RM20 untuk sebuah lori bagi pembuangan sampah pukal. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI