PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat, dan angin kencang di beberapa daerah di Sarawak.
Met Malaysia dalam satu hantaran memaklumkan, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat serta angin kencang yang bakal berterusan sehingga jam 1 tengah hari nanti.
“Ribut petir dijangka berlaku di Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei, Meradong), Sibu (Sibu), dan Mukah (Tanjung Manis dan Daro).
“Amaran tersebut dikeluarkan apabila tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebih 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam,” katanya. – KOSMO! ONLINE