fbpx

Anwar tinjau projek dron pertanian di Kampung Tebuk Haji Dollah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. ARSHAD (tengah) memberi penerangan kepada Anwar (kanan) berkaitan projek perkhidmatan dron pertanian meracun di Kampung Tebuk Haji Dollah, Selinsing di Bagan Serai, hari ini.

BAGAN SERAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau projek perkhidmatan dron pertanian meracun di Kampung Tebuk Haji Dollah, Selinsing, di sini hari ini.

Pada tinjauan itu, Anwar diberi penerangan mengenai projek yang telah dilaksanakan sejak September lalu sebelum melihat dron tersebut diterbangkan dan menyembur racun di petak sawah.

Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tebuk Haji Dollah merupakan antara komuniti yang memperoleh geran berjumlah RM100,000 melalui Program Sejahtera Komuniti Madani (Sejati Madani) yang disalurkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM).

Menurut Mohd. Arshad, 44, melalui program Sejati Madani, JPKK memperoleh tiga unit dron bagi menjalankan perkhidmatan semburan baja dan racun membabitkan keluasan kawasan sebanyak 268 hektar dan kini diguna pakai oleh 40 peratus daripada 86 petani di kawasan berkenaan.

“Sejak September lalu, saya melihat terdapat peningkatan jumlah pelanggan apabila hampir setiap hari ada pelanggan baharu. Kaedah ini menjadi pilihan petani kerana semburan yang rata dan menjimatkan.

“Malah, kadar bayaran yang rendah kepada penduduk sekitar pada harga RM25 per ekar berbanding penyedia perkhidmatan luar antara RM35 ke RM40 menyebabkan pertambahan petani mendapatkan khidmat JPKK,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Mohd. Arshad, selain menjimatkan kos golongan petani dan membantu mereka menggunakan teknologi pertanian baharu, perkhidmatan dron itu secara langsung membantu meningkatkan pendapatan JPKK. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI