fbpx

All England: Dua wakil negara kempunan ke separuh akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEMENANGAN di set pertama gagal membantu Soon Huat-Shevon mencatat kemenangan ke atas Zhen Bang-Dong Ping di suku akhir All England sebentar tadi. - SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Tiada lagi wakil Malaysia pada Kejohanan Badminton All England selepas beregu campuran profesional, Goh Soon Huat-Shevon Lai serta beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah tersingkir di suku akhir.

Pada perlawanan yang berlangsung di Utilita Arena, Birmingham sebentar tadi, Soon Huat-Shevon yang turun sebagai pilihan utama terpaksa akur tewas 21-18, 8-21, 10-21 kepada beregu China, Jiang Zhen Bang-Huang Dong Ping.

Walaupun memulakan perlawanan dengan aksi positif pada set pertama, namun pasangan suami isteri itu gagal mengekalkan momentum dalam dua set berikutnya dan ia dimanfaatkan sepenuhnya pemain lawan.

Meskipun gagal meneruskan kemaraan ke separuh akhir, namun sekurang-kurangnya mereka memperbaiki pencapaian tahun lalu yang menyaksikan mereka tersingkir di pusingan kedua selepas tewas kepada Feng Yan Zhe-Dong Ping dari China.

Sementara itu, Pearly-Thinaah juga terpaksa menerima hakikat tidak dapat melangkah ke pusingan seterusnya apabila tewas dengan keputusan straight set 17-21, 19-21 kepada Nami Matsuyama-Chiharu Shida dari Jepun.

PEARLY dan Thinaah juga terpaksa akur tersingkir di suku akhir. – AFP

Beregu No.5 dunia itu berpeluang untuk mengheret perlawanan ke set penentuan apabila mendahului 19-15 di set kedua, namun Matsuyama-Shida tidak mudah mengaku kalah apabila bangkit sebelum melengkapkan kemenangan.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia muncul juara pada kejohanan Jelajah Dunia Super 1000 itu adalah menerusi perseorangan lelaki, Lee Zii Jia yang memenangi edisi 2021 menewaskan jaguh Denmark, Viktor Axelsen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI