fbpx

Ahli politik maut dibaham harimau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail seekor harimau Siberia. - AFP

MOSCOW – Seorang ahli politik Russia  terbunuh akibat diserang  seekor Harimau Siberia di dalam hutan, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Andrey Kovera, 55, mati selepas haiwan itu mencabut lengan, membaham kepala dan memakan organ dalamannya dalam kejadian ngeri di rantau Siberia, Russia. 

Anak lelakinya yang dikenali sebagai Konstantin berkata: “Bapa saya bekerja sebagai pegawai hutan selama bertahun-tahun dan tahu bagaimana berdepan dengan binatang buas.” 

“Namun, harimau ini menyerangnya dari belakang.”

Pihak berkuasa dikerahkan untuk  memburu harimau ganas yang menyerang ahli politik tersebut.

Pakar harimau Russia terkemuka, Sergey Aramilev berkata: “Saya tidak dapat meramalkan  bila harimau ini akan ditangkap.”

“Ada tanda-tanda kecederaan pada harimau ini  tetapi kami akan tahu dengan pasti selepas binatang buas ini masuk perangkap,” katanya

Harimau Siberia merupakan spesies kucing besar terbesar di dunia dan hidup di timur Russia. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI