fbpx

Wujud kartel jual beli lot bazar Jalan TAR cecah RM12,000?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosli (gambar kecil) menggesa DBKL bertindak segera ke atas empat individu yang dipercayai menjadi kartel tapak lot bazar di Jalan TAR.

KUALA LUMPUR – Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (PPPBWPKL), hari ini menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak segera ke atas empat individu yang dipercayai menjadi kartel tapak lot bazar di Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR).

Presidennya, Datuk Seri Rosli Sulaiman mendakwa, kira-kira 30 peratus daripada 216 tapak telah pun bertukar tangan kepada kartel, sedangkan nama keempat-empat individu yang didedahkan tiada dalam senarai penerima.

Selain nama semua individu tersebut, beliau turut mendedahkan harga tapak yang ditawarkan kartel berkenaan mencecah RM7,000 sehingga RM12,000.

“Perbuatan itu berjaya dihidu apabila yang (kartel) tawarkan lot kepada salah seorang ahli PPPBWPKL dan tidak dikenali mereka untuk dipilih,” katanya ketika sidang media di ibu negara, petang ini.

Rosli menjelaskan, aduan berkaitan perkara itu turut dibuat ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Kuala Lumpur pada 24 Februari lalu.

“Perincian dan nombor-nombor tapak lot terlibat sudah didedahkan berdasarkan tinjauan dan siasatan pihak kami. Dengan pendedahan ini (diharapkan) dapat memudahkan pihak terbabit bertindak.

“Jadi, kami minta DBKL dan SPRM segera menangkap, dan mendakwa serta senarai hitam mereka yang terlibat,” tambahnya.

Minggu lalu media melaporkan, Rosli berkata, pihaknya sedang melengkapkan bukti berkaitan isu kegiatan kartel tapak lot bazar Ramadan sebelum membuat hebahan kepada media.

Pada 23 Oktober tahun lalu, PPPBWPKL telah menyerahkan kelolaan dan penganjuran tapak bazar Ramadan sepenuhnya kepada DBKL bagi memastikan pengurusan yang lebih teratur dan telus bagi memberi ruang kepada penjaja yang layak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI