fbpx

[VIDEO] Ramai sebak panggilan ‘Aki, Aki’ selepas 9 bulan tidak jumpa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video menunjukkan seorang budak lelaki teruja berjumpa dengan atuk dan neneknya selepas sembilan bulan terpisah.

PETALING JAYA – Seorang budak lelaki tidak dapat menyembunyikan keterujaannya selepas bertemu kembali dengan datuk dan neneknya setelah sembilan bulan terpisah.

Momen menyentuh hati itu dikongsi menerusi TikTok @Ohbujangsigat, menunjukkan reaksi terkejut budak tersebut sebaik bapanya membuka pintu kereta dan melihat kehadiran atuk serta neneknya sebelum segera memeluk erat mereka.

Dalam klip video itu, kelihatan mata atuknya sebak, menahan air mata selepas dapat melepaskan rindu terhadap cucu tersayang.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati ramai netizen turut tersentuh melihat pertemuan penuh emosi itu.

“Mulanya tak rasa sebak sangat..Lepas terpandang muka aki tengah menahan air mata..Kita pula yang bergenang air mata,” kata @Nufab_fatehah.

“Sukanya dia jumpa atuk nenek dia..Mesti dia rapat dengan atuk nenek dia kan…Lepas dah rindu dia dengan atuk nenek,” komen @Rose77.

“Sukanya dia, mesti cucu kesayangan atuk dan nenek ini. Atuk dia tahan tangis,” tambah @Medalinhandry. – KOSMO! ONLINE

@ohbujangsigat Kerinduan Seorang cucu terhadap atuk & nenek selepas 9 bulan tak berjumpa, dipisahkan oleh lautan china selatan. #fyp ♬ You Are My Everything – 거미

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI