fbpx

[VIDEO] Kaum Cina, India berbuka di Masjid Muhammadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Beberapa individu berbangsa Cina dan India berbuka puasa bersama jemaah lain di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan.

PETALING JAYA – Tradisi berbuka puasa di masjid bukan sahaja disertai umat Islam, malah turut menarik kehadiran kaum lain untuk bersama-sama menikmati juadah iftar.

Menerusi satu perkongsian video di TikTok @Miszzhanafirmien, kelihatan beberapa individu berbangsa Cina dan India berbuka puasa bersama jemaah lain di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, Kelantan.

Kehadiran mereka disambut mesra, mencerminkan semangat perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati perkongsian tersebut menerima pujian ramai, dengan rata-rata pengguna memuji nilai toleransi dan kebersamaan yang ditonjolkan.

“Ini baru betul perpaduan.. Satu hati dan hormat menghormati,” komen @Joeleehanchiang.

“Saya cukup suka betul tengok suasana macam ini.. Semua bangsa ada, sebak tengok. Bulan puasa menyatukan semua,” balas @Joeagger18.

Hantaran tersebut terus meraih perhatian ramai dengan menerima 18,800 tanda suka, 1507 komen dan 1,045 perkongsian. -KOSMO! ONLINE

@miszzhanafirmien Kaum Cina dan India pun seronok buka puasa. Kat sini xdok rasis2 dehh. This is Kelate bohhh #ramadankareem #masyarakatmajmuk #kelateniboss #norasism #masjidjamekmuhammadikb ♬ Ramadan Kareem – Megan Yagami

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI