fbpx

[VIDEO] Baju raya RM79 pun boleh buat anda nampak ‘mahal’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khainina menggayakan baju kurung berharga RM79 yang dibelinya di sebuah pasar raya di Seremban baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seorang pempengaruh berjaya membuktikan bahawa orang ramai tetap boleh bergaya pada hari raya meskipun hanya mengenakan baju kurung berharga RM79 yang dibelinya di sebuah pasar raya di Seremban baru-baru ini.

Menerusi video yang dikongsikan @Khaininakhalil di Instagram, beliau menunjukkan bagaimana cara untuk menggayakan pakaian tersebut sehingga netizen memuji pakaian tersebut nampak eksklusif serta ‘mahal’.

Dalam perkongsian berkenaan, dia menggayakannya dengan aksesori seperti beg tangan dan kasut yang sedia ada.

Rata-rata netizen meninggalkan komen positif selain tertarik dengan pakaian yang dikenakan oleh pempengaruh itu.

Mereka memuji bahawa usaha tersebut membuktikan pakaian mampu milik juga boleh tampak mewah jika digayakan dengan betul.

“Saya suka content macam ini. Baju tidak mahal, tapi boleh nampak mahal,” kata @Haneyzaabr.

“Ini bukan tentang harga, tapi cara kita mahu gayakan,” ujar @Potatodent.

“Saya suka ‘trend’ macam ini, sebab harga baju raya sekarang sangatlah mahal. Sesiapa sahaja boleh tampil bergaya tanpa perlu berbelanja besar,” kata @Ivorylocket – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nina Khalil (@khaininakhalil)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI