PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak lelaki mencuri perhatian apabila bertindak meminta maaf dengan penuh sopan selepas kapal terbang mainannya secara tidak sengaja jatuh dan terkena seorang wanita.
Menerusi satu perkongsian di TikTok @I4myuki, pemilik video berkenaan sedang merakam pemandangan pantai sebelum mainan tersebut terjatuh dan terkena belakang rakannya.
Klip tersebut tular disebabkan tindakan kanak-kanak itu yang segera meminta maaf sambil memegang kedua-dua pipi wanita tersebut dan mengusapnya perlahan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap sopan kanak-kanak itu, malah ada juga yang berseloroh mengenai kejadian tersebut.
“Ya Allah bagusnya. Minta maaf pegang pipi, ikhlas betul. Minta maaf dua kali pula itu. Muka senyum je manis hahaha. Yang mangsa tu pulak senyum-senyum je. Sukalah,” kata @Arenabest.
“Kakak ‘blushing’ (tersipu-sipu) ke masa dia pegang pipi,” seloroh @Nrlaishahhhh.
“Dia pegang pipi dulu, minta maaf baru amik mainan dia. Comel,” komen @Siputlalala.
Setakat ini, hantaran tersebut telah menerima 22,600 tanda suka, 823 komen dan 3,477 perkongsian. – KOSMO! ONLINE
@i4myuki Replying to @M I R A E ♬ original sound – M I R A E