fbpx

UCL: Impian tiga trofi Liverpool berkecai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL terpaksa akur tersingkir daripada saingan UCL musim ini selepas tewas menerusi penentuan penalti berdepan PSG awal pagi semalam. - AFP

LIVERPOOL – Aksi di laman sendiri gagal dimanfaatkan sepenuhnya Liverpool apabila ditunjukkan jalan keluar daripada saingan Liga Juara-Juara (UCL) selepas tersingkir di pusingan 16 terbaik.

Pada aksi timbal balik di Anfield awal pagi semalam, Paris Saint-Germain (PSG) memastikan kemaraan ke suku akhir hasil kemenangan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat seri 1-1 secara agregat.

Walaupun menang 1-0 pada pertemuan pertama di Paris minggu lalu, namun The Reds gagal menggunakan kelebihan itu selain membenarkan PSG menjaringkan gol tunggal perlawanan menerusi Ousmane Dembele seawal minit ke-12.

Pengurus Liverpool, Arne Slot berkata, pertemuan itu merupakan perlawanan terbaik pernah disaksikan sepanjang bergelar jurulatih selain mengakui anak-anak buahnya sudah menampilkan aksi sempurna.

“Bagi saya, ini adalah aksi bola sepak terbaik pernah saya saksikan. Prestasi yang cukup menakjubkan dan jauh lebih baik jika dibandingkan dengan pertemuan pertama di Paris minggu lalu.

“Dalam 20 minit pertama, kami menguasai permainan selain melakukan percubaan demi percubaan ke arah pintu gol mereka. Bagaimanapun, secara tiba-tiba mereka berjaya menjaringkan satu gol,” katanya.

Sementara itu, Darwin Nunez dan Curtis Jones pastinya dibelenggu rasa kecewa apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti selepas percubaan mereka berjaya diselamatkan penjaga gol PSG, Gianluigi Donnarumma.

“Minggu lalu, PSG bermain dengan cukup sempurna dan gagal menang dan hari ini (semalam) ia berlaku kepada kami. Inilah bola sepak, apa yang berlaku kadang-kadang di luar jangkaan kita,” ujar Slot. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI