fbpx

Terlupa bawa buku, rambut pelajar dikerat guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RAMBUT seorang pelajar dipotong kerana tidak membawa buku nota. - Foto Keluarga Pelajar/VNExpress

HANOI – Rambut seorang pelajar sebuah sekolah di Vietnam dipotong di hadapan kelas oleh gurunya kerana terlupa membawa buku nota pelajaran Sivik, lapor laman berita VNExpress semalam.

Bahagian rambut yang dipotong adalah di atas dahinya, sehingga menyebabkan bentuk muka pelajar lelaki tersebut menjadi tidak sekata.

Menurut Pengetua Sekolah Menengah Quang Chieu, Doan Van Son, wakil dari sekolah itu bersama guru dan pihak berkuasa tempatan mengunjungi rumah pelajar berkenaan untuk meminta maaf. 

Guru tersebut telah digantung tugas selama seminggu dan dikehendaki mengemukakan laporan bertulis berhubung kejadian itu.

Ibu pelajar berkenaan yang dikenali sebagai Loi berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas diberitahu oleh anaknya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI