fbpx

Tak perlu sampai ke Sungai Golok beli juadah berbuka – MB Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nassuruddin (kanan) melawat makmal komputer semasa Majlis Ihya' Ramadan dan Penyerahan Dana Zakat Wakalah di SMU (A) Tarbiah Diniah, Meranti dekat Pasir Mas semalam. FOTO ROHANA ISMAIL

PASIR MAS – Rakyat Kelantan dinasihatkan agar tidak mengambil risiko berkunjung ke Wilayah Selatan Thailand termasuk membeli juadah untuk berbuka puasa susulan insiden letupan bom dan berbalas tembakan di Sungai Golok pada 8 Mac lalu.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, kawasan tersebut ketika ini masih berada dalam keadaan tegang dan dilihat tidak selamat untuk dikunjungi.

“Saya berharap rakyat Kelantan tidak berkunjung ke Wilayah Selatan Thailand kecuali jika ada hal-hal mustahak yang tidak dapat dielakkan.

“Tidak perlu sampai ke Pekan Golok untuk membeli juadah makanan. Pelbagai pilihan makanan sudah ada dijual di bazar Ramadan di sini (Kelantan),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ihya’ Ramadan dan Penyerahan Dana Zakat Wakalah di Sekolah Menengah Ugama (A) Tarbiah Diniah, Meranti di sini malam tadi.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI