PETALING JAYA – Bekas penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah atau Shiera meraih perhatian berikutan komen yang ditinggal pada hantaran ucapan terima kasih oleh tiga penyampai radio Era FM yang terlibat dalam isu video menyentuh sensitiviti agama.
Menerusi komen yang ditinggalkan, Shiera memuji tindakan rakyat Malaysia yang menunjukkan sokongan demi keharmonian sehingga beliau secara sukarela mahu menggantikan tempat tiga deejay berkenaan yang direhatkan buat sementara waktu.
“Alhamdulilah ramai orang tolong dan bagi semangat.. Ni sementara takde (tiada) ni.. Bagi lah kita cover (ganti) jap (sekejap).. kita dah berhenti kerja ni.. kita tolong jap.. free (percuma) jaa..,” kata Shiera.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan sokongan dan reaksi positif kepada bekas penyampai dan pengacara itu.
“Why not (kenapa tidak), serap kak Rara masuk Era confirm (pasti) lagi meletop,” kata @shaqir_wazizi.
“Nak kak Rara kat Era, mesti riuh 3 Pagi Era tu,” ujar @yusri_romlan.- KOSMO! ONLINE