MUAR – Seorang remaja cedera parah di kaki selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Muar-Batu Pahat, Sungai Balang di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 9.40 malam itu, mangsa berusia 16 tahun parah dan menerima rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah di sini.
Kemalangan melibatkan sebuah motosikal ditunggang mangsa dan seorang lelaki warga emas berusia 67 tahun yang memandu kereta jenis Toyota Corolla Altis.
Terdahulu, tular di media sosial mendakwa kejadian itu melibatkan pemandu mabuk yang didakwa melanggar remaja terbabit yang menunggang motosikal secara bersendirian.
Terdapat dakwaan remaja itu tercampak ke bawah kereta selepas dirempuh dari arah belakang. Kejadian itu disedari orang awam sebelum beberapa individu membantu mangsa untuk dibawa ke hospital.
Pemandu warga emas itu dikatakan mabuk dan cuba melarikan diri dengan bersembunyi dalam kedai di kawasan berhampiran.
Situasi bertukar kecoh apabila sekumpulan lelaki menyerbu masuk ke dalam premis berkenaan dan menahan pelaku.
Walau bagaimanapun, keadaan terkawal selepas pihak polis tiba di lokasi kejadian dan pemandu terbabit dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, hasil ujian toksikologi mendapati lelaki itu bebas pengaruh dadah atau alkohol.
Hasil soal siasat mendapati nahas dipercayai berlaku apabila pemandu memberhentikan kenderaannya di bahu jalan sebelum masuk ke laluan Jalan Batu Pahat menghala ke Parit Jawa di sini untuk meneruskan perjalanan.
“Pada masa sama datang sebuah motosikal ditunggang remaja berkenaan merempuh bahagian kanan kereta terbabit sebelum tercampak.
“Akibat perlanggaran itu, kereta tersebut hilang kawalan lalu merempuh rumah kedai,” katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-KOSMO! ONLINE
@gengmuo KES PEMANDU MABUK CINA LANGGAR BUDAK MOTOR di MUAR…. Nga Kor Ming kata ARAK perlu dijual ikut status QUO …Tarik Balik lesen Arak… Nak tunggu semua orang Melayu mati dulu ker??? @ngakormingofficial @Anwar Ibrahim #kerajaanderhaka #pemandumabuklanggar #3r ♬ original sound – Abe Wey