fbpx

Polis buka kertas siasatan murid sekolah rendah disepak guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

TELUK INTAN – Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan seorang murid lelaki berusia sembilan tahun cedera akibat disepak guru dalam kejadian di sebuah sekolah di Labu Kubong dekat sini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr. Bakri Zainal berkata, laporan mengenai kejadian itu dibuat oleh ibu mangsa berusia 41 tahun pada Ahad lalu.

“Ibu kanak-kanak itu mendakwa anaknya disepak guru lelaki berusia 52 tahun selepas berlaku pergaduhan dalam kelas melibatkan pelajar tahun tiga.

“Tindakan guru tersebut menyebabkan murid itu mengalami kecederaan ringan dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar,” katanya hari ini.

Menurut beliau, siasatan lanjut mengenainya sedang dijalankan termasuk mengenal pasti punca kejadian, Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI