fbpx

Penumpang ditangkap seludup kura-kura dalam seluar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEEKOR kura-kura telinga merah diseludup di dalam seluar seorang lelaki. - Foto TSA

WASHINGTON – Seorang lelaki melalui kawalan keselamatan di lapangan terbang New Jersey, Amerika Syarikat sambil menyembunyikan seekor kura-kura hidup di dalam seluarnya, lapor laman berita Fox News semalam.

Kura-kura itu dikesan selepas penggera pengimbas badan berbunyi di Lapangan Terbang Antarabangsa Newark Liberty. 

Seorang pegawai Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan Persekutuan (TSA) kemudian melakukan pemeriksaan ke atas lelaki tersebut dan mendapati, terdapat sesuatu yang tersembunyi di bahagian pangkal pahanya.

Ketika disoal lanjut, lelaki itu menyeluk ke dalam seluar dan menarik keluar kura-kura yang berukuran kira-kira 12 sentimeter panjang serta dibalut dengan tuala biru kecil. 

Menurut lelaki tersebut, haiwan itu adalah kura-kura telinga merah, spesies yang popular sebagai haiwan peliharaan.

Kura-kura itu telah dirampas dan pihak berkuasa masih tidak diketahui sama ada ia adalah haiwan peliharaan lelaki tersebut.

“Kami pernah melihat pengembara cuba menyembunyikan pisau dan senjata lain di dalam kasut serta bagasi. 

“Namun, saya percaya ini adalah kali pertama kami terserempak dengan seseorang yang menyembunyikan haiwan hidup di dalam seluar,” kata Pengarah Keselamatan Persekutuan TSA untuk New Jersey, Thomas Carter. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI