fbpx

Pemimpin usah bergantung dana kerajaan buat kebaikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Madani 2025 bersama pimpinan masyarakat tempatan Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7 Shah Alam hari ini. Foto Saddam Yusoff/KOSMO!

SHAH ALAM – Usah terlalu bergantung dengan dana kerajaan dan sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) daripada pihak lain untuk melakukan kebaikan.

Itu saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pimpinan kerajaan dan ketua komuniti setempat supaya menggunakan peruntukan sendiri untuk menyalurkan sumbangan atau bantuan sepanjang Ramadan ini.

Menurut beliau, perkara itu antaranya melibatkan dimensi sosial dan kemanusiaan sama ada mengambil tahu kesusahan ahli keluarga, jiran tetangga atau orang lain.

“Kalau ada (sumbangan atau bantuan), kita hanya guna peruntukan kerajaan, jabatan atau melalui CSR dan bukannya gaji atau elaun kita sendiri.

“Kita mahu mengelak pemimpin terlalu bergantung kepada dana dan sumbangan daripada CSR selain menambah keberkatan terhadap amalan mulia itu,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama Pimpinan Masyarakat Selangor di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar menyeru umat Islam yang berpuasa menjadikan Ramadan sebagai penanda aras dalam amalan integriti dan mengukur kesempurnaan ibadah.

Tambah beliau, amalan integriti segelintir pemimpin dalam menjalankan tugas terlalu banyak mempertikai atau membantah sehingga pekerjaan itu tidak membuahkan hasil.

“Kalau kita hendak selamatkan bangsa dan negara, kita mesti berani ambil tindakan walaupun tidak disenangi oleh semua pihak.

“Kalau hendak dengar celoteh mereka, sampai bila tak boleh jadi kerja. Bagi peluang mereka memerintah, langsung tak buat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI