fbpx

Pelajar sekolah maut dua motosikal bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelajar sekolah menengah maut selepas terlibat kemalangan membabitkan dua buah motosikal dalam kejadian di Jalan Taman Kelisa, Kuala Sungai Baru di sini, malam tadi.

ALOR GAJAH – Seorang pelajar sekolah menengah maut selepas terlibat kemalangan membabitkan dua buah motosikal dalam kejadian di Jalan Taman Kelisa, Kuala Sungai Baru di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa, Muhammad Alif Ramadani A. Ramli, 15, maut di lokasi akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, ketika kejadian mangsa yang bersekolah di Sekolah Menengah kebangsaan (SMK) Rahmad menunggang motosikal jenis Yamaha 115Z sedang menuju ke arah Jambatan Linggi dari Kuala Sungai Baru.

“Pada masa sama sebuah motosikal jenis SYM Sport Rider 125i ditunggang remaja lelaki berusia 18 tahun datang dari arah bertentangan menuju Taman Kelisa. Setiba di lokasi penunggang motosikal SYM dipercayai secara tiba-tiba membelok ke arah kanan lalu bertembung dengan motosikal Muhammad Alif Ramadani.

“Impak pelanggaran menyebabkan Muhammad Alif Ramadani meninggal dunia di lokasi manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan patah kaki kanan. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI