fbpx

Nahas Senawang: Ops Khas Lampu Isyarat Khas di Negeri Sembilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi Ops Khas Lampu Isyarat Merah dilancarkan (JSPT) Negeri Sembilan.

SEREMBAN – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan melancarkan Ops Khas Lampu Isyarat Merah di seluruh negeri bermula semalam susulan kemalangan maut yang mendapat perhatian masyarakat baru-baru ini.

Operasi itu dilaksanakan bagi membanteras kejadian sama selepas tular dua kemalangan membabitkan pelanggaran lampu isyarat termasuk di Senawang pada 6 Mac lalu yang meragut tiga nyawa.

Ketua JSPT Negeri Sembilan, Superintendan Muhammad Zaki Ramat berkata, sebanyak 119 saman dikeluarkan dengan 48 daripadanya membabitkan kesalahan melanggar lampu isyarat merah pada hari pertama operasi tersebut dilaksanakan.

“Ops khas ini berjalan serentak di seluruh Negeri Sembilan bermula semalam. Lokasinya di kawasan yang dikenal pasti oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) dan sentiasa berubah-ubah.

“Kami memberi tumpuan di kawasan yang kerap berlaku pelanggaran lampu isyarat merah khasnya di Seremban dan Nilai. Daerah lain bergantung mengikut kesesuaian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, pihaknya akan meletakkan peninjau di kawasan lampu isyarat sebelum kenderaan yang dikenal pasti akan diperiksa dalam sekatan jalan raya tidak jauh dari lokasi berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI