fbpx

Nelayan maut, isteri cedera parah dirempuh Proton Wira

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Proton Wira dinaiki Kamaruddin dan isteri, Zizah yang terlibat dalam kemalangan maut di KM 48, Jalan Kuala Terengganu - Kota Bahru berhampiran Kampung Selamat, Setiu hari ini.

SETIU – Seorang nelayan maut, manakala dua yang lain termasuk isterinya cedera parah dalam kemalangan di Kilometer 48, Jalan Kuala Terengganu – Kota Bahru berhampiran Kampung Selamat di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 2.45 petang itu, mangsa, Kamaruddin Jusoh, 53, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Isteri mangsa, Zizah@Rozita Jusoh, 48, dan pemandu kereta Proton Wira, Muhammad Izzat Afzan Efendy, 20, pula mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan dada.

Ketua Polis Daerah Setiu, Superintendan Mohd. Zain Mat Dris berkata, sewaktu kejadian, Kamaruddin dan isterinya, Zizah dikatakan dalam perjalanan ke Wakaf Tapai, Marang dari rumah mereka di Kampung Jelapang di sini.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Wira dinaiki suami isteri itu dikatakan dirempuh sebuah kereta Proton Wira lain yang dipandu seorang pengawal keselamatan (Muhammad Izzat Afzan).

“Kereta dipandu pengawal keselamatan terbabit dikatakan tiba-tiba hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Mohd. Zain berkata, mayat Kamaruddin dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu di sini untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, Zizah dan Muhammad Izzat Afzan yang cedera parah pula dikejarkan ke unit kecemasan hospital sama untuk menerima rawatan.

“Kes disiasat mengikut Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI