fbpx

Mangsa kemalangan seminggu terperangkap dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cassell terperangkap di dalam kereta hampir seminggu. - Foto Team NWI – Independent Search & Rescue

WASHINGTON – Seorang ibu kepada tiga anak terselamat selepas terperangkap hampir seminggu di dalam keretanya yang terjatuh ke dalam parit di Newton, negeri Indiana, lapor akhbar New York Post semalam.

Jeritan Brieonna Cassell, 41, tidak didengari oleh orang ramai, manakala kedua-dua kakinya cedera sehingga dia tidak dapat keluar dari kenderaan itu.

Cassell ketika kejadian tidak dapat menghubungi sesiapa kerana telefon bimbitnya mati.

Kereta itu terbabas ke dalam parit selepas dia memandu dalam keadaan mengantuk.

Dia akhirnya ditemukan oleh seorang pekerja saliran dalam keadaan sebahagian keretanya tenggelam di dalam air dan tidak kelihatan dari jalan raya.

“Dia mengalami kesakitan yang teramat sangat. Dia menjerit meminta pertolongan,” kata bapa Cassell, Delmar Caldwell.

Tambah Caldwell, anaknya kekal terhidrat dengan cara memerah air pada ‘hoodie’ baju sejuk. 

“Dia menggunakan ‘hoodie’ dan memerahnya untuk minum air dan cuba bertahan,” kata Caldwell sambil menjelaskan, Cassell menghabiskan hari-hari yang panjang dengan mencelupkan baju sejuk ke dalam anak sungai.

Cassell menjalani pembedahan di sebuah hospital akibat kecederaan pada pergelangan tangan, rusuk dan kaki. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI