fbpx

Manalah Nor Atikah pergi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nor Atikah dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya pada 25 Februari lalu.

PETALING JAYA – Polis meminta bantuan orang ramai mengesan seorang gadis tempatan berusia 20 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya pada 25 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, laporan kehilangan Nor Atikah Najwa Nor Ismadi itu diterima pihaknya, semalam pada pukul 10.13 malam.

“Balai Polis Petaling Jaya telah menerima satu laporan polis mengenai kes orang hilang selepas keluar dari rumah di Jalan PJS 4/16, Taman Medan pada pukul 8.40 malam.

“Mangsa berbangsa Melayu, berketinggian 155 sentimeter dengan berat 45 kilogram, berhidung mancung dan berkulit sawo matang selain bertudung hitam ketika kejadian,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan mangsa, boleh menghubungi atau tampil ke balai polis berhampiran.

“Boleh juga hubungi terus pegawai penyiasat iaitu Inspektor S. Baalanaagan Chanderan di talian 014-8882388 / 013-9077904 atau 03-79662222 bagi membantu siasatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI