fbpx

Kerosakan komponen punca bunyi dentuman di LRT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dikongsi penumpang LRT di stesen Abdullah Hukum semalam.

PETALING JAYA – Kerosakan pada komponen pemasangan pengumpul kuasa pada tren menyebabkan insiden bunyi dentuman dan kepulan asap kecil pada gerabak Transit Aliran Ringan (LRT) di rel Laluan Kelana Jaya semalam.

Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) berkata, pegawai transit yang sedang bertugas di dalam tren tersebut telah bertindak pantas mengikut piawaian standard operasi dengan meminta semua penumpang turun di Stesen Abdullah Hukum.

“Susulan kejadian itu, perkhidmatan tren alternatif telah diaktifkan bagi membolehkan penumpang
meneruskan perjalanan ke destinasi.

“Tiada sebarang kecederaan melibatkan penumpang dilaporkan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, tren yang mengalami kerosakan tersebut telah dihantar pulang ke depoh penyelenggaraan
untuk siasatan lanjut.

“Bagi memastikan kejadian seumpama ini tidak berulang, pihak jurutera Rapid Rail telah mempertingkatkan pemeriksaan pada semua tren yang beroperasi di Laluan Kelana Jaya untuk memastikan kebolehpercayaan perkhidmatan tren sentiasa berada ditahap yang optimum dan selamat.

“Selain itu, pemantauan yang lebih kerap turut dijalankan oleh pegawai transit terutama di
dalam tren ketika waktu puncak,” katanya.

Katanya, Rapid Rail memohon maaf di atas kesulitan yang dialami oleh penumpang semasa insiden tersebut dan akan terus melakukan penambahbaikan bagi memastikan perjalanan penumpang Rapid KL selamat, selesa dan lancar.

Terdahulu, gangguan teknikal berkenaan berlaku pada sebuah tren bernombor 84 di Stesen Abdullah Hukum semalam.

Insiden itu kemudian tular di media sosial apabila beberapa penumpang sempat merakam detik-detik cemas sebaik sahaja kedengaran bunyi dentuman di bahagian luar gerabak tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI