fbpx

JDT mahu berbelanja lebih besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TUNKU Mahkota Ismail (tengah) akui sedia berbelanja lebih besar untuk memantapkan skuad JDT meningkatkan kemampuan untuk bersaing di peringkat lebih tinggi. - FB JOHOR SOUTHERN TIGER

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) sedia menyiapkan perbelanjaan lebih besar pada masa hadapan dalam usaha meningkatkan kemampuan skuad itu untuk bersaing di peringkat antarabangsa.

Pemilik JDT, Tunku Mahkota Ismail bertitah, baginda bertekad untuk meletakkan Johor di peta bola sepak global dan bersaing dengan pasukan terbaik di Asia.

“Kami komited untuk terus membuat pelaburan bagi memperkukuh JDT di dalam dan luar padang. Kami telah mengenal pasti beberapa kelemahan dalam pasukan dan sudah mempunyai perancangan baharu sejak beberapa bulan yang lepas.

“Kami sedang menunggu jendela perpindahan dibuka semula sebelum musim hadapan,” titah baginda dalam satu kenyataan.

Terdahulu, skuad Harimau Selatan tersingkir daripada Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), malam kelmarin.

Dalam titah tersebut, baginda sedia menggalas tanggungjawab atas kekalahan tersebut yang menyaksikan JDT gagal ke peringkat suku akhir kejohanan berprestij tersebut.

“Saya berbangga dengan kelab ini yang berjuang habis-habisan untuk mencapai tahap yang lebih tinggi. Ia menjadi satu penghormatan dan keistimewaan bagi kelab bola sepak JDT untuk beraksi dalam kejohanan elit Asia.

“Namun, kami tidak bernasib baik untuk tersingkir dengan cara sebegini dalam perlawanan malam tadi, termasuk beberapa keputusan. Apapun saya ambil tanggungjawab sepenuhnya keputusan malam tadi,” titahnya.

Pada masa sama, baginda mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong JDT atas sokongan luar biasa di SSI dalam perlawanan semalam.

“Ia sekali lagi mencatat kehadiran tertinggi di laman sendiri. Kepada Buriram United, tahniah dan semoga berjaya di pusingan seterusnya,” titahnya lagi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI