fbpx

Isu laluan sehala boleh jadi modal politik pembangkang – Saravanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saravanan (tengah) bergambar selepas memberi sumbangan kepada wakil masjid dan surau di Parlimen Tapah di Bangunan UMNO Bahagian Tapah hari ini. - FOTO MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/ KOSMO!

TAPAH – MIC khuatir isu sistem laluan sehala yang dilaksanakan di jalan utama pekan itu menjadi modal bagi parti pembangkang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri M. Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah berkata, sistem laluan sehala yang dilaksanakan pada 23 Ogos lalu itu ternyata sedikit sebanyak mengurangkan kesesakan jalan raya namun tidak sepenuhnya selain menyebabkan ramai peniaga-peniaga yang terjejas.

“Satu isu yang saya lihat belum mendapat penyelesaian sepenuhnya ialah kesesakan lalu lintas di pekan Tapah disebabkan laluan satu hala.

“Ramai peniaga terjejas. Saya telah bawa perkara ini kepada kerajaan negeri dan majlis berkenaan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Penyampaian Sumbangan Kepada Semua Masjid Dan Surau Kawasan Parlimen Tapah Tahun 2025 oleh Ahli Parlimen Tapah di Bangunan UMNO Tapah di sini hari ini.

Katanya, ramai peniaga yang tidak berpuas hati kerana kesesakan itu yang memerlukan beliau memohon bantuan daripada Kerajaan Pusat untuk mengkaji dan meneliti secara mendalam cara terbaik untuk mengatasinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI