fbpx

Ismail Sabri keluar selepas lebih lima jam beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri keluar dari Ibu Pejabat SPRM selepas selesai memberi keterangan hampir lima jam di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya di sini, hari ini.-FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, berhubung dakwaan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

Ahli Parlimen Bera itu dilihat keluar dari pekarangan bangunan SPRM selepas lebih lima jam dirakam keterangan berhubung kes tersebut.

Kenderaan berwarna gelap yang membawa pemimpin politik itu dilihat keluar pada pukul 3.13 petang. Ismail Sabri sempat melambai tangan ke arah kumpulan wartawan yang menunggu di luar sejak pagi tadi.

Bagaimanapun, cubaan petugas media untuk mendapatkan maklum balas daripada beliau gagal.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memberitahu, Ismail Sabri akan menyambung keterangannya pada pukul 9 pagi esok.

“Ya, esok pukul 9 pagi,” kata beliau ringkas.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI