PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di kawasan perairan Selangor, Johor Timur, Pahang, Terengganu sehingga pukul 1 tengah hari.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, hujan lebat juga dijangka melanda kawasan perairan selatan Phuket, Selat Melaka, selatan Reef North, Sulawesi.
“Amaran cuaca buruk itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer/jam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” jelas kenyataan tersebut. – KOSMO! ONLINE