fbpx

Bernas anjur Gema Ramadan bantu golongan asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari (tengah) dan Rohani menyerahkan sumbangan kepada anak yatim pada Program Ikhlas Gema Ramadan 2025 anjuran Bernas di PPR Hiliran Ampang, hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Lebih 1,000 penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang terdiri daripada ibu tunggal, anak yatim dan golongan asnaf menerima bantuan menerima program Gema Ramadan anjuran Padiberas Nasional Berhad (Bernas).

Program tersebut dilaksanakan dengan kerjasama Parlimen Titiwangsa meliputi antaranya bergotong-royong memasak bubur lambuk dan makanan berbuka puasa, ziarah Ramadan di rumah dan majlis berbuka puasa anjuran Bernas di Surau Al-Falah, PPR Hiliran Ampang.

Pengerusi Bernas, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, pihaknya berbesar hati mengadakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) di PPR Hiliran Ampang dan pemilihan lokasi di bandar juga penting bagi menjayakan program tersebut

“Di bandar juga ramai golongan yang memerlukan dan selalunya kita mengadakan program di luar bandar, perkampungan selain kawasan Orang Asli.

“Semasa ziarah tadi, kita turut menyantuni dua rumah yang mana seorang pesakit strok dan satu unit lagi ditimpa ujian kebakaran,” katanya kepada pemberita pada Program Gema Ramadan Bernas di PPR Hiliran Ampang di sini hari ini.

Sementara itu, Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, program Gema Ramadan itu sangat bermakna khususnya kepada penduduk di situ yang menerima pelbagai bantuan daripada Bernas.

“Di sini ada 940 unit rumah terdiri daripada blok A, B dan C. Setiap rumah menerima beras 10 kilogram, gula dan mihun. Selain itu, turut disampaikan bantuan kepada asnaf, anak yatim dan ibu tunggal.

“Ini salah satu CSR Bernas dan kita ucap terima kasih kerana memilih Parlimen Titiwangsa untuk program ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI