fbpx

‘Angkut’ hantu meriahkan Cerita Malam Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LUQMAN menganggap lagu Cerita Malam Raya membawa kelainan yang kita tidak selalu lihat, iaitu gabungan semangat perayaan dengan cerita seram. Hantu-hantu dalam video muziknya juga memang menakutkan!

PERNAHKAH khalayak terfikir, betapa sebuah lagu mampu mengajak orang ramai mengetepikan telefon bimbit untuk menghargai detik-detik penting bersama orang tersayang.

Bergerak daripada hasrat tersebut, sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba, rakyat Malaysia dijemput untuk bersama-sama memulakan perbualan dengan secawan kopi, sebuah lagu dan satu sesi sembang santai pada setiap kesempatan waktu di hari istimewa ini melalui kempen Sembang-Sembang dengan ZUS. 

Untuk kempen tersebut, lagu Cerita Malam Raya daripada Luqman Podolski menjadi nadi dalam segala pengisian projek. Projek dengan kerjasama ZUS Coffee, Faithful Music, Loko Films, Luqman Podolski dan Zeppo Youngsterz Crew itu juga menggabungkan keceriaan hari raya dengan unsur lawak seram, menceritakan keluarga yang berkumpul pada malam raya dan mengharungi pengalaman yang ngeri namun menggelikan hati bersama-sama. 

Situasi itui mengingatkan rakyat Malaysia bahawa kemeriahan perayaan paling bermakna apabila dinikmati bersama. Unsur cerita seram ini diinspirasikan daripada tradisi filem hari raya dan perbualan larut malam di antara keluarga dan rakan-rakan.

“Cerita Malam Raya adalah projek yang mengingatkan kami tentang kemeriahan yang tercipta apabila kami mengetepikan telefon bimbit kami dan benar-benar bersembang antara satu sama lain. 

“Kerjasama seperti inilah yang mengingatkan kami tentang mengapa kami sangat menghargai bekerja dengan bakat tempatan seperti Luqman, Faithful Music, Loko Films dan Zeppo Youngsterz Crew, kerana bila kami bekerjasama, ia mencetuskan idea yang bergema dengan masyarakat,” kata Shafiqah Othman, Pengarah Kreatif ZUS Coffee.

Luqman pula menyifatkan kerjasama ini sebagai sebuah pengalaman yang bermakna. Susunan lagu daripada Faithful Music sememangnya membakar semangat perayaan dan seni tarian daripada Zeppo Youngsterz Crew berjaya menangkap kemeriahan malam raya.

RAKYAT Malaysia juga dijemput mengambil bahagian dalam Cabaran Tarian Cerita Malam Raya dengan mempamerkan tarian terbaik menggunakan lagu Cerita Malam Raya untuk peluang memenangi kopi percuma selama setahun.

“Lagu Cerita Malam Raya membawa kelainan yang kita tidak selalu lihat untuk hari raya, iaitu gabungan semangat perayaan dengan cerita seram. Hantu-hantu dalam video muzik ini memang menakutkan! Saya harap semua juga terhibur dengan video muzik ini sebagaimana kami semua berasa teruja semasa proses penggambaran,” kata Luqman Podolski yang juga seorang pencipta kandungan digital.

Satu lagi aspek utama kempen Sembang-Sembang Dengan ZUS adalah kerjasama yang terjalin dengan kolektif artis tempatan, Projek Sembang-Sembang, yang terkenal dengan karya seni Malaysia yang nostalgia dan ekspresif. Melalui rekaan eksklusif pada produk dan pembungkusan, visual yang dipaparkan oleh Projek Sembang-Sembang memberikan nafas baharu kepada kempen ini. 

Selain daripada video muzik dan rekaan istimewa pada bungkusan produk, ZUS Coffee juga melancarkan tawaran istimewa Ramadan dan Raya dengan menawarkan diskaun bagi Bottled Necessity 1L untuk Iftar. Pada masa yang sama, ZUS Coffee memberi bayangan awal untuk pengeluaran Siri Jagung semasa sambutan Raya. Koleksi perayaan ini termasuklah sampul duit raya, sticker raya, keychains serta ZUS Raya Card Game, yang direka khas untuk mencetuskan perbualan yang bermakna semasa perhimpunan perayaan. Koleksi ini akan dilancarkan pada bulan Mac. Siri tumbler botol air istimewa pula adalah eksklusif dalam talian.

BAGI Luqman, Cerita Malam Raya adalah projek yang mengingatkan dirinya dan pasukan tentang kemeriahan yang tercipta apabila mengetepikan telefon bimbit kami dan benar-benar bersembang antara satu sama lain.

Pada masa yang sama, rakyat Malaysia juga dijemput mengambil bahagian dalam Cabaran Tarian Cerita Malam Raya dengan mempamerkan tarian terbaik menggunakan lagu Cerita Malam Raya untuk peluang memenangi kopi percuma selama setahun. 

Peserta hanya perlu berkongsi video tarian mereka di TikTok dan tag ZUS Coffee untuk menyertainya. Penyertaan juga digalakkan menyertakan tagline  #SembangSembangDenganZUS untuk berkongsi cerita raya mereka yang paling lucu atau paling menyeramkan, meneruskan tradisi sembang-sembang yang mengilhamkan lagu berkenaan.

Video muzik Cerita Malam Raya juga boleh ditonton menerusi saluran rasmi ZUS Coffee di Instagram, TikTok, dan YouTube atau melalui pautan ini: https://youtu.be/BbxDOKXd5ic.  Lagu ini juga akan tersedia untuk penstriman di Spotify – jadi pendengar boleh menikmatinya pada bila-bila masa, di mana-mana jua mereka berada. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI