fbpx

Amaran hujan lebat, ribut petir di enam negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang melanda enam negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Antara daerah Kelantan yang dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat dan angin kencang ialah Machang dan Kuala Krai.

“Di negeri Terengganu, ia berisiko melanda kawasan Besut, Setiu dan Kemaman.

“Selain itu, di Pahang pula, melibatkan daerah Jerantut, Kuantan dan Pekan,” kata MetMalaysia.

Tambah MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka turut berlaku di negeri Negeri Sembilan (Tampin) manakala di negeri Melaka melibatkan semua kawasan.

“Cuaca sama dijangka berlaku di Johor membabitkan kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

“Keadaan tersebut dijangka berlarutan sehingga pukul 4 petang nanti,” lapor MetMalaysia. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI