fbpx

28 mangsa dipindahkan akibat banjir di Raub

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA APM membantu mangsa banjir berpindah ke PPS Balai Raya Kampung Ulu Sungai di Raub, hari ini.

RAUB – Seramai 28 mangsa daripada 11 keluarga di Kampung Ulu Sungai di sini terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selepas kediaman mereka dilanda banjir kira-kira pukul 12.36 tengah malam semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Raub memaklumkan, hujan lebat berterusan menyebabkan berlakunya limpahan air dari Sungai Lipis.

“Kesemua mangsa dari Kampung Ulu Sungai dipindahkan ke PPS Balai Raya Kampung Ulu Sungai yang terdiri daripada 20 orang dewasa, dua kanak-kanak, tiga warga emas, dan tiga Orang Kurang Upaya (OKU).

“Pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) masih terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi mmastikan keselamatan orang ramai,”katanya di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI